:: Halwa Telinga ::

:: Demi Masa ::

6:20 PM | Author: z-sasic
Menjelas hukum bermusafir

i. Wajib

- Bagi seorang muslim yang berkemampuan bermusafir ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah yang wajib

ii. Sunat

- Bermusafir untuk menziarahi tiga buah masjid utama ( al-masjidil haram, al-masjid an-nabawi & al-masjidil aqsa )

- Bermusafir untuk melakukan perkara-perkara sunat seperti menziarahi saudara

iii. Harus

- Bermusafir ke mana sahaja dengan tujuan yang diharuskan oleh syarak

iv. Makruh

- Bermusafir tanpa tujuan dan matlamat

v. Haram

- Bermusafir ke tempat-tempat yang haram dikunjungi serpeti pusat-pusat maksiat atau menyaksikan pesta maksiat.



Sesetengah di antara kita selalu keluar, sama ada kerana urusan pekerjaan, menziarahi keluarga dan kenalan atau kerana semata-mata bercuti. Ada antara kita tidak ambil kisah mengenai perjalanan, asalkan pasti tempat ditujui. Tetapi dalam Islam ada beberapa panduan yang wajar diberi perhatian, antaranya:

1. Dianjurkan memulai perjalanan pada Khamis.

Melalui hadis diriwayat Bukhari bermaksud: “Rasulullah s.a.w berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.

2. Dianjurkan memulakan perjalanan pada waktu malam.

Dalam hadis diriwayatkan Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.

3. Dianjurkan bermusafir bersama-sama.

Hadis riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.

4. Berdoa dalam musafir

Sabda Rasulullah s.a.w, seperti diriwayatkan Tirmidzi, bermaksud: “Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah S.W.T ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknya.

5. Meraikan permulaan perjalanan dan berdoa

Dalam hadis riwayat Tirmidzi, Abu Hurairah r.a meriwayatkan, seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “ Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.

Nabi s.a.w, apabila menghantar seseorang bermusafir, tidak melepaskan tangannya daripada orang terbabit sebelum orang berkenaan melepaskan dahulu tangannya.

Kemudian, baginda berdoa (maksudnya): “Saya titipkan kepada Allah agamamu, amanatmu dan kesudahan amalmu.[Hadis riwayat Ahmad]

6. Dianjurkan juga segera kembali kepada keluarga apabila urusan sudah selesai.

Sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya. [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Menerangkan adab-adab bermusafir

i. Sebelum memulakan perjalanan kita hendaklah memohon petunjuk daripada Allah.

ii. Sebelum memulakan perjalanan kita hendaklah menyediakan bekalan secukupnya seperti wang, pakaian(menutup aurat), makanan dll.

iii. Melantik seorang ketua apabila bermusafir dalam kumpulan yang terdiri daripada 3 orang atau lebih.

iv. Sunat mengucapkan selamat tinggal kepada orang-oprang yang ditinggalkan bagi memaklumkan kepada mereka tentang keberangkatan dan tempat yang dituju.

v. Disunatkan solat musafir dan berdoa sebelum memulakan perjalanan.




DOA KETIKA MUSAFIR


سالله أَكْبَر ، الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ ‏‏اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ‏ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا ‏ ‏تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا‏ سَفَرَنَا هَذَا‏ وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ،‏ اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ‏ وَالْخَلِيفَةُ فِي‏ الأَهْلِ ‏،‏ اللَّهُمَّ‏ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ ‏ ‏وَعْثَاءِ‏ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ ‏ ‏الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga ”


Setelah kembali katakanlah

‏آيِبُوْنَ تَائِبُونَ عَابِدُونَ لِرَبِّنَا حَامِدُونَ

“Orang-orang yang tersedar dari kelekaan, Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menghambakan diri, kepada Tuhan kami mereka mengucapkan puji-pujian”

(Riwayat Muslim 2/978)


DOA ORANG YANG BERMUSAFIR KEPADA ORANG YANG BERMUKIM


‏ ‏ أَسْتَوْدِعُكَ اللَّهَ الَّذِي لاَ تَضِيعُ وَدَائِعُهُ

“Aku serahkan kamu kepada Allah yang tidak pernah menghilangkan simpananNya”

Sohih (Sohih Ibnu Majah 2/133)


DOA ORANG BERMUKIM KEPADA ORANG YANG HENDAK BERMUSAFIR


‏أَسْتَوْدِعُ ‏ ‏اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ

“Serahkanlah agamamu, amanahmu, penamat amalanmu kepada Allah”

Sohih (Sohih At-Tirmizi 3/155)

زَوَّدَكَ اللهُ التَقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الخَيْر حَيْثُمَا كُنْتَ

“Semoga Allah menambah kepadamu ketaqwaan dan mengampunkan dosa kamu dan memudahkan kepadamu kebaikan di mana sahaja kamu berada”

Sohih (Sohih At-Tirmizi 3/156)


DOA KETIKA TURUN DARI RUMAH UNTUK MUSAFIR ATAU SEBAGAINYA


‏ أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ ‏ ‏التَّامَّاتِ‏ ‏مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari segala kejahatan yang telah dijadikan”

(Riwayat Muslim 4/2080)

Bertakbirlah Ketika Berada Di Atas Kenderaan Dan

Bertasbihlah Ketika Turun Dari Kenderaan.


DOA MUSAFIR KETIKA BERMUSAFIR WAKTU SAHUR (PAGI)

‏ سَمِعَ سَامِعٌ بِحَمْدِ اللَّهِ وَحُسْنِ ‏ ‏بَلاَئِهِ ‏ ‏عَلَيْنَا رَبَّنَا صَاحِبْنَا وَأَفْضِلْ عَلَيْنَا عَائِذًا بِاللَّهِ مِنْ النَّارِ

“Telah mendengar pendengar dengan pujian bagi Allah dan kebaikan ke atas kami, Wahai Tuhan kami jadilah Teman kami, anugerahkanlah kami kelebihan berlindung dengan Allah daripada Neraka”

(Muslim 3/2086)


editor: z-sasic










This entry was posted on 6:20 PM and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: